Bitcoin: Adakah kebangkitan akan berkekalan?

Bitcoin melonjak ke harga $7,143 melepasi paras $7000 dan paras tertinggi dalam 8 bulan. Matawang kripto lain turut mengukuh. Ini berlaku serentak dengan kejatuhan di pasaran ekuiti dunia berikutan tindakan daripada pihak US dan china.

Inin mengukuhkan lagi anggapan bahawa matawang kripto turut terkesan dengan pasaran global. Seperti yang dinyatakan dalam artikel kripto kami sebelum ini: “ Secara keseluruhannya, matawang kripto agak terkesan dengan pasaran saham global dan juga terkesan terhadap isu politik dan geopolitik.”

Walaubagaimanapun pada ketika ini, sentiment risk-off telah mendominasi pasaran global, ia dapat dilihat para pelabur beralih kepada kripto. Ini merupakan persoalan adakah matawang kripto adalah safe haven ketika waktu panik.

Ketika pasaran bimbang mengenai isu perang dagang dan German bimbang mengenai potensi tarif sector automotive, matawang kripto telah mengukuh. Pada masa sama, pasaran saham global telah menyusut lebih dari 1% di pasaran US futures dan saham syarikat China.

Bitcoin yang juga merupakan matawang kripto utama telah memperoleh semula kerugian 2019, dan menokok lebih 23.6% daripada kejatuhan sejak paras tertinggi pada penghujung 2017.

Kenaikan harga Bitcoin sepanjang 2019 turut dipengaruhi oleh berita Febuari lepas, mengenai minat syarikat utama dunia dalam potensi menggunakan teknologi blockchain/matawang kripto. Seperti yang dilaporkan Bloomberg, JPMorgan mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan matawang kripto untuk bayaran dalaman manakala  Facebook sedang berusaha untuk membangunkan produk bayaran berasaskan kripto.

Menurut Messari , volume 24 jam Bitcoin mencecah $24 bln pada hari ini, keseluruhan volum matawang kripto (termasuk BTC) mencecah $75.4 bln.

Dari perspektif price action, Bitcoin bergerak tinggi di paras $7,385 sedikit di bawah paras tertinggi September. Harga dijangka naik sehingga 23.6% paras Fib, Support yang kukuh 2018,pada aras $5,780-$6,000, telah menjadi kawasan penting. Resistance seterusnya adalah di Kawasan tertinggi Oktober lepas pada $8,230 yang turut merupakan titik tengah antara 23.6% dan 38.2% Fib. Paras ini dijangka sangat kukuh.

Walaupun pandangan pasaran terhafap asset ini kekal negative untuk jangka masa Panjang. Kewujudan formasi Bullish Rounding Bottom pattern, seiring dengan kenaikan momentum indicators, memberi keyakinan kepada jangka masa sederhana. Weekly RSI mengukuh ke paras 75, manakala MACD lines betukar positif di atas signal line, menandakan kehadiran moementum yang positif. Sekiranya harga di tutup di atas $7,000 ia memberi pengesahan Rounding bottom formation dan keyakinan terhadap pergerakan bullish. Sekiranya paras $8,230 Resistance dipecahkan, ia membuka jalan untuk cubaan ke aras   38.2% Fib. Di harga $9,500.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam Forex dan CFDs mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.