Perang Dagang US-China: Drama Klasik yang Sentiasa Berubah Jalan Cerita

Pada minggu lepas, pasaran dikejutkan dengan tindakan China mengenakan tarif tambahan terhadap produk US di antara 5% sehingga 10% yang bernilai hampir $75 bilion. Kemudian Menteri Kewangan China memaklumkan bahawa tarif 25% akan dikenakan terhadap barangan automatif US mulai 15 Disember.

Trump bertindak balas dengan mengarahkan syarikat US untuk mencari alternatif selain dari negara China. Beiau turut memaklumkan bahawa tarif terhadap import dari China akan dinaikkan sehingga 30%. Trump turut berkata di sidang G7 bahawa mungkin akan mengisytiharkan darurat dalam isu perang dagang US-China.

Ini menyebabkan pasaran matawang pada pagi Isnin dengan jatuhan agak besar, di mana keadaan ‘risk off’ telah menyebabkan Gold melonjak ke paras $1555.00, USA30 Futures jatuh ke paras 25,2573, USDJPY jatuh ke $104.45.

Tetapi pada petang Isnin (Malaysia), Trump tiba-tiba ‘tweet’ mengatakan bahawa China telah menghubungi Rumah Putih (White House) dan berikrar akan menyambung semula rundingan. Beliau mengatakan bahawa China tidak mahu terputus bekalan operasi mereka dan optimis perjanjian dapat dicapai dengan segera.

Tindak balas pasaran amat baik (ketika artikel ini ditulis) dimana Gold kembali ke paras $1331, USA Futures naik semula ke paras 25,800 poin dan USDJPY naik ~130 pips ke $105.70. Keadaan pasaran masih lagi bergelora dan sebarang kenyataan atau tindakan dari kedua-dua belah pihak mungkin menyebabkan volatiliti yang tinggi dalam pasaran. Tindakan tunggu dan lihat terhadap pergerakan pasaran mungkin adalah strategi yang terbaik buat masa ini.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.